Connect with us

Oh! Media

6 Individu Termasuk Bella Hadir Untuk Pengecaman, Siti Bainun Menangis Tengok Anak Jagaan

Trending

6 Individu Termasuk Bella Hadir Untuk Pengecaman, Siti Bainun Menangis Tengok Anak Jagaan

Hari ini, remaja Sindrom Down iaitu Bella yang didakwa menjadi mangsa dera pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadiri prosiding pengecaman.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Bagi Minum, Nanti Dia Kencing” – Saksi Pernah Dengar Siti Bainun Marah Tak Bagi Bella Minum Air

Selain Bella, seramai lima individu terdiri daripada remaja dan kanak-kanak berusia antara tiga hingga 17 tahun turut hadir untuk sesi itu.

Dilaporkan, Siti Bainun menitiskan air mata sebaik melihat mereka di mahkamah. Dia mula menangis apabila cuba mengintai anak-anak jagaannya itu yang terhalang oleh tirai.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang daripada kanak-kanak itu cuba memegang tangan Siti Bainun tetapi terhalang oleh penghadang plastik.

Saksi pendakwaan kelapan, Pegawai Penyelidik Undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, turut hadir membuat pengecaman terhadap enam saksi termasuk Bella.

Selain Suhana Zam, saksi pertama iaitu rakan baik tertuduh, Zurianty Sudin dan bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood juga hadir untuk sesi itu.

Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Bella sebelum ini dua kali tidak dapat hadir ke mahkamah pada 31 Mei dan 13 Jun lalu selepas dilaporkan tidak sihat.

Kredit: Sinar Harian | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas