Connect with us

Oh! Media

“Mereka Sumber Kekuatan Saya” – Jurulatih Mohon Maaf, Sedia Diambil Tindakan

Oh! Tidak

“Mereka Sumber Kekuatan Saya” – Jurulatih Mohon Maaf, Sedia Diambil Tindakan

Jurulatih pasukan bola tampar Melaka B-14 (wanita), Saiful Hadee Amar tampil memohon maaf kepada semua pemain yang terlibat termasuk ibu bapa, Persatuan Bola Tampar Melaka, dan seluruh komuniti bola tampar susulan kontroversi dia menampar dua pemain baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Takkan Silap Sikit Nak Berhenti” – Ahli Keluarga Mahu Cikgu Bola Tampar Dikekalkan

Memetik video yang dimuat naik Astro Awani, jurulatih itu berkata, dia berasa kesal dan terbuka menerima tindakan daripada di atas perbuatannya.

Jurulatih minta maaf

jurulatih bola tampar

Jelasnya lagi, dalam gaya latihan dia sebenarnya menggunakan beberapa pendekatan antaranya psikologi, pendekatan intensif dan pendekatan fizikal dalam membentuk pemain demi menaikkan semangat sebagai seorang yang sentiasa berjuang.

Pemain-pemain saya merupakan keluarga saya, mereka sumber kekuatan saya. Tanpa mereka saya tak boleh jadi jurulatih.

Saiful Hadee yang merupakan guru di sebuah sekolah rendah berkata, dia tak berniat mengambil tindakan hingga mendatangkan kecederaan kepada pemain. Tindakannya hanyalah untuk menaikkan lagi semangat dan memotivasikan pemain dalam setiap perjuangan yang ada.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas