Connect with us

Oh! Media

Mercun Bola Meletup Awal, Kanak-Kanak Hampir Hilang Jari

Mercun Bola

Trending

Mercun Bola Meletup Awal, Kanak-Kanak Hampir Hilang Jari

Menjelang raya, kanak-kanak pasti sedang seronok main bunga api pada waktu malam. Namun, keseronokkan ini tidak berpanjangan buat seorang kanak-kanak apabila cedera ketika main mercun bola bersama rakannya.

BACA: Naim Daniel Cedera Dahi, Pecah Jari Kuku Akibat Main Mercun Bola

Menurut laporan Buletin Utama, Muhammad Iman Fattah dikatakan ingin tidur di surau bersama rakan-rakannya untuk melakukan qiamulail.

IKLAN

Bapanya, Mohd Faizul Mohd Saibani kejadian itu berlaku selepas selesai solat terawih, Fattah dikatakan mercun yang dipegangnya meletup terlalu awal.

Fattah

Ketika anak saya ingin membaling mercun itu, tiba-tiba ia terus meletup namun sempat dibaling tetapi percikan api itu terkena di tangan kanan.

Selepas mengetahui kejadian itu, saya kemudian membawa anak ke klinik di Rantau Panjang sebelum dirujuk ke sebuah hospital swasta di Klang.

Faizul menyatakan jemaah surau yang melihat kejadian telah beri bantuan rawatan awal kepada Fattah.

Tambahnya, dia bersyukur tangan anak tidak mengalami kecederaan serius setelah hasil pemeriksaan X-Ray yang dilakukan.

Iman Fattah juga dikatakan tidak perlu menjalani pembedahan di tangan yang cedera.

Selepas kejadian ini anak saya serik untuk bermain mercun kerana hampir kehilangan jari tangannya.

Walaupun seronok menyambut hari raya Aidilfitri, ibu bapa perlulah mengawasi gerak-geri anak.

Kredit: Buletin Utama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas