Oh! Artis
Naim Daniel Cedera Dahi, Pecah Jari Kuku Akibat Main Mercun Bola
Akibat main mercun bola, pelakon dan penyanyi Naim Daniel dikerjakan ke hospital selepas mengalami kecederaan di dahi dan tapak tangannya.
Penyanyi lagu Sumpah itu, berkongsi tentang berita berkenaan di laman Instagramnya pada malam semalam bersama caption “Jangan main mercun bola please,”.
Naim turut memaklumkan dahi dan tapak tangannya luka turut kuku jari telunjuk tangan kanannya pecah.

Sakitnya… Kuku pecah, see… Yang tu isi, terkeluar sikit.
Walaupun sudah cedera, Naim masih mampu berjenaka dan senyum sewaktu menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik berhampiran kediamannya.
Malah, selepas menerima rawatan dalam keadaannya yang berbalut, penyanyi berusia 25 tahun itu masih meneruskan aktiviti bermain bunga api bersama rakan-rakannya.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM