Connect with us

Oh! Media

askar

Trending

Menteri Pertahanan Jawab Isu Askar Dakwa Kena ‘Paw’ Duit Gaji Sampai Habis

Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa pihaknya akan melakukan siasatan lanjut mengenai dakwaan seorang individu yang mengadu bahawa adiknya menjadi mangsa buli dan dera di sebuah kem tentera.

Perkara tersebut diuar-uarkan Hishamuddin menerusi sebuah hantaran di Twitter rasmi miliknya di mana dia membalas sebuah untaian twit yang dimuat naik seorang pengguna aplikasi itu.

IKLAN

Membalas aduan individu itu, beliau meminta individu tersebut untuk membuat laporan terus kepada pihaknya dengan segera.

Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya atau hubungi pejabat saya segera.

Ujarnya lagi, individu tersebut tidak perlu bimbang kerana identitinya akan dirahsiakan sepenuhnya.

Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri juga diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi.

Tambah Hishamuddin lagi, jika dakwaan itu benar-benar terjadi, tindakan tegas akan diambil.

Tentera buli

Terdahulu, individu tersebut telah membuat aduan di mana dia mendakwa adiknya telah menjadi mangsa buli dan pukul oleh beberapa anggota senior di sebuah kem bujang.

Malah, duit simpanan serta gaji yang diperoleh pada  setiap bulan turut dirampas oleh anggota senior.

Perkongsian individu tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi contoh kematian kadet UPNM iaitu Allahyarham Zulfarhan sebagai salah satu iktibar dan pengajaran akibat daripada kesan buli.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas