Ini kerana, perkhidmatan yang cepat serta harga yang lebih murah berbanding di klinik menyebabkan ramai orang memilih untuk melanggan khidmat doktor ‘haram’ ini.
Gigi palsu pon ada yang tiruan
Tular di Twitter, satu ciapan dimuatnaik seorang doktor gigi bernama Dr Arif yang berkongsi pengalamannya bersama seorang pesakit yang menggunakan gigi palsu tiruan.
“Demi Jodoh, Aku Relakan”
Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.
Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.
Menerusi ciapannya itu, pesakit yang berusia 52 tahun itu datang melakukan pemeriksaan dengannya selepas mengadu mengalami kesukaran ketika hendak makan.
Setelah memeriksa, Dr Arif yang terkejut melihat gigi palsu yang dipakai pesakitnya itu bertanyakan beberapa soalan bagi mendapat kepastian.
Difahamkan, pesakit berkenaan mendapatkan khidmat membuat gigi palsu itu di sebuah hotel dari seorang ‘doktor’ dengan harga RM500 sahaja.
Jelas pesakit itu lagi, dia sudah menggunakan gigi palsu itu sejak dua tahun yang lalu ketika hendak melangsungkan perkahwinan.
Saya pasang sejak 2 tahun lepas sebab nak berkahwin. Seganlah tiada gigi. Bila dapat tawaran murah begini saya sambar terus.
Mendengar jawapan pesakit itu, Dr Arif terpaksa mencabut kesemua gigi warga emas berkenaan kerana gigi palsu yang dipakainya langsung tidak mempunyai kualiti yang bagus.
Hanya RM600 di hospital swasta
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan untuk orang ramai melakukan perkhidmatan kesihatan di tempat yang sepatutnya.
Selagi orang ramai tidak didedahkan dengan perkara ini, selagi itulah mereka yang bergelar ‘scammer’ ini akan terus berleluasa.
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.