Connect with us

Oh! Media

Mengaku Bersalah, Lelaki Gila S*ks Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Berjaya Ditahan Polis

Tunjuk Kemaluan

Trending

Mengaku Bersalah, Lelaki Gila S*ks Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Berjaya Ditahan Polis

Tengah malam semalam, polis telah berjaya menahan seorang lelaki gila seks yang tunjuk kemaluannya kepada pelajar sekolah pada Rabu lalu.

BACA: Lelaki Selamba Tayang Kemaluan Dekat Dua Pelajar Tingkatan 3 Di Sekolah

Menerusi laporan Kosmo, suspek yang merupakan seorang penganggur itu ditahan sewaktu dia berada di rumah ibunya.

IKLAN

Tunjuk Dan Goncang Kemaluan

1136361

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz menyatakan, pihaknya juga telah merampas sebuah kereta Proton Persona bersama serangkai kunci.

Soal siasat mendapati, suspek mengaku terlibat dalam perbuatan itu dan memaklumkan telah pergi ke sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah di Presint 11 masing-masing pukul 12.30 tengah hari dan 2 petang.

Ketika berada di hadapan sekolah berkenaan, suspek telah mendekati dan bertanya kepada salah seorang pelajar perempuan sambil menunjuk dan menggoncang kemaluannya.

Berdasarkan siasatan, suspek kini menetap bersama ibunya yang berusia 74 tahun dan tiada rekod jenayah lampau sebelum ini.

Suspek yang merupakan anak keempat dan bujang ini juga dipercayai pernah bekerja sebagai juruelektrik dan penunggang p-hailing.

Semoga suspek diberi pengajaran yang setimpal dengan perbuatannya agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas