Connect with us

Oh! Media

MBPP Ambil Tindakan Tegas Terhadap Lelaki Yang Membuang Sampah Di Tempat Parkir Kereta

Trending

MBPP Ambil Tindakan Tegas Terhadap Lelaki Yang Membuang Sampah Di Tempat Parkir Kereta

Tindakan seorang lelaki yang membuang sampah daripada kereta dalam kuantiti yang banyak mengundang padah apabila tindakannya itu dirakam oleh individu yang berada di lokasi.

ADVERTISEMENT

Video yang berdurasi lebih tiga minit itu menunjukkan seorang lelaki dengan selamba membuang sampah keluar daripada keretanya di tempat letak kenderaan.

Sehubungan itu, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi maklumbalas selepas video itu tular di media sosial. Kejadian dipercayai berlaku di tempat parkir kereta di Jaan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

“MBPP memandang serius dan tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana individu yang mengotorkan bandar raya kita” 

Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan sekeliling walau di mana jua kerana perkara sebegini boleh mencemarkan alam sekitar sekaligus memberi kesan yang negatif kepada masyarakat sekeliling.

Kredit : Info Roadblock JPJ/Polis, Majlis Bandaraya Pulau Pinang

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas