Connect with us

Oh! Media

Jenazah Naim Hariri Ditemui

Trending

Jenazah Naim Hariri Ditemui

Mayat Naim Hariri Kamaruddin yang dilaporkan hilang selepas dia dikatakan mandi di Pantai Kelulut telah ditemui pada pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Mandi Pantai Sehari Sebelum Bernikah, Bakal Pengantin Dikhuatiri Lemas

Menurut sumber, Mayat Naim telah dijumpai terdampar di kawasan pantai yang berhampiran Kampung Pulau Kerengga dan penemuan Mayat itu juga turut disahkan oleh Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli pada pukul 9 pagi tadi.

Penemuan mayat Naim Hariri telah pun dimaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat.

Mayat mangsa telah ditemui pada lokasi kira-kira 2.7 batu nautika dari lokasi dia dilaporkan hilang. – Kata Pengarah Maritim Terengganu.

Bapa mangsa, Khairuddin Abdullah, 58, juga telah mengesahkan bahwa mayat itu adalah anak lelakinya yang hilang pada Jumaat lepas.

Mayat Naim telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Naim Hariri, yang juga merupakan seorang jurufisioterapi, sepatutnya menamatkan zaman bujangnya bersama Farah Nabilah Huda Ismail, 27, di Kampung Surau Haji Mat Zin, Batu Payong pada pukul 10 pagi semalam, tetapi tidak kesampaian apabila dia dikatakan hilang ditarik ombak besar di Pantai Kelulut.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tiada yang kekal didunia, begitu juga kita. Sama-sama kita doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Kita doakan juga agar keluarga arwah diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas