Connect with us

Oh! Media

Mandi Pantai Sehari Sebelum Bernikah, Bakal Pengantin Dikhuatiri Lemas

Trending

Mandi Pantai Sehari Sebelum Bernikah, Bakal Pengantin Dikhuatiri Lemas

Setelah sebulan bertunang, akhirnya Naim dan Fatin bakal bergelar suami dan isteri apabila semua persiapan perkahwinan telah pun disiapkan.

ADVERTISEMENT

Namun, belum sempat untuk meraikan kegembiraan itu, bakal pengantin lelaki telah dilaporkan lemas selepas dia dikatakan mandi di Pantai Kelulut, petang semalam.

Naim Hariri Kamaruddin, 31, dikatakan telah datang bersama ahli keluarganya daripada Kuala Lumpur ke daerah Marang untuk melangsungkan pernikahannya bersama Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, yang telah dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi hari ini.

Kejadian lemas itu berlaku semasa mangsa mandi di Pantai Kelukut sebelum dia ditarik ombak pada 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Marang berkata, operasi bagi mencari dan menyelamat mangsa telah dihentikan sementara pada tengah malam tadi dan mangsa masih lagi belum ditemui.

Kini, operasi mencari dan menyelamat telah pun bersambung semula pada pukul 8 pagi tadi dan ianya akan memberi fokus kepada kawasan pesisir pantai dengan keluasan sehingga tiga kilometer dari lokasi mangsa hilang.

Yang diluar sana tu, diminta untuk sentiasa berhati-hati terutamanya dalam keadaan cuaca sekarang. Doakan semoga pencarian mangsa dipermudahkan dan mangsa dapat ditemui dengan segera.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas