Connect with us

Oh! Media

Mayat Lelaki Berbungkus Tanpa Identiti Jadi Misteri, Ditemui Bersama Bangkai Ayam

31e5ca52 2247 409f 8045 b64db0af4e4c

Trending

Mayat Lelaki Berbungkus Tanpa Identiti Jadi Misteri, Ditemui Bersama Bangkai Ayam

Kampung Lubok Merbau kini gempar dengan penemuan mayat lelaki tanpa identiti dalam keadaan berbalut kain putih seakan-akan dikafan selain dilapisi kanvas plastik di tepi jalan di Kilometer 57, Jalan Gerik-Kuala Kangsar.

Menurut laporan Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mayat turut dibalut selimut bercorak kartun itu ditemui orang awam di jalan menghala ke Kuala Kangsar berhampiran kampung tersebut pada 10.15 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Anuar berkata, pemeriksaan dilakukan Pakar Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati mangsa dipercayai berusia 40-an dan warganegara Malaysia berdasarkan parut suntikan pada bahu sebelah kiri.

IKLAN

Lebih musykil, apabila bangkai seekor ayam turut ditemui berhampiran mayat itu selain mangsa dipercayai mati di tempat lain, namun dibawa ke tempat berkenaan iaitu lokasi yang jauh daripada kawasan kejiranan dan laluan utama antara Kuala Kangsar dan Gerik.

Mangsa memakai kemeja dan seluar pendek (sebelum dibalut) dengan dia dipercayai mati dalam tempoh antara 24 hingga 36 jam sebelum ditemui.

Pun begitu, semakan terhadap laporan Orang Hilang akan dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Tiada kesan kecederaan pada bahagian luar badan mangsa melainkan satu kesan luka pada bahagian kepala sebelah kanan mangsa, namun punca luka berkenaan masih tidak dapat dipastikan.

Tambah beliau, setakat ini kematian masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga punca kematian dikenal pasti melalui hasil bedah siasat bermula 9 pagi esok.

Siasatan lanjut terhadap kes itu akan diteruskan berdasarkan beberapa bukti diperolehi di tempat kejadian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas