Connect with us

Oh! Media

Mayat Disumbat Dalam Bagasi Dan Dipotong 6 Bahagian Dijumpai Tepi ‘Highway’

Trending

Mayat Disumbat Dalam Bagasi Dan Dipotong 6 Bahagian Dijumpai Tepi ‘Highway’

Terdapat satu bagasi disumbat mayat dipotong kepada enam bahagian dijumpai di tepi Lebihraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan pada 2 petang hari ini. Allahu..

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, sumber mengatakan ada juga bahagian badan mangsa di atas rumput berhampiran beg. Ngeri betul ni!

Bagaimanapun identiti mangsa masih gagal dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan, polis mengesyaki mangsa yang disumbat dalam bagasi itu adalah lelaki warga asing.

Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan.

Semoga kita dijauhkan dari perkara sebegini dan si pelaku dapat ditangkap dengan segera.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas