Connect with us

Oh! Media

guru

Oh! Tidak

Guru Lelaki Ditemui Mati Tragis Dalam Ladang Kepala Sawit: Leher Luka, Badan Melecur

Seorang guru berusia 30 tahun, Heri Aprianus Saragih, ditemui mati dalam keadaan tragis di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Kaksi, Riau, Indonesia, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapung Hulu, Inspektor Wel Etria, mangsa ditemukan oleh seorang pegawai keselamatan ladang, Ali Azhar.

IKLAN

Mayat ditemukan terlentang di atas jalan, bersebelahan motosikal yang terjatuh. Terdapat kesan melecur dan luka di leher mangsa.- Kata Wel.

Heri, seorang kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai guru di Daerah Tapung Hulu, meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki berusia setahun.

guru
guru

Pihak polis kini giat menjalankan siasatan untuk merungkai punca sebenar kematian yang mencetuskan kegemparan ini.

#OhmediaNasihat

Kehilangan nyawa dalam keadaan yang tragis ini sangat menyayat hati. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini. Ingatlah, keselamatan harus menjadi keutamaan setiap masa, dan kita semua perlu prihatin terhadap persekitaran untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

guru

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas