Trending
“Mata Baca Skrip” – Gus Miftah Letak Jawatan, ‘Bapak Es Teh’ Menangis Rayu Presiden Beri Peluang
Selepas hebat dikecam isu mempersendakan penjual air teh, pendakwah terkenal Gus Miftah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Utusan Khas Presiden Prabowo Subianto.
Menurut Gus Miftah, dia membuat keputusan itu bukan disebabkan tertekan dengan kecaman. Sebaliknya, dia menghormati masyarakat dan Presiden.
Gus Miftah letak jawatan selepas teruk dihentam
Terbaru, penjual air teh, Sunhaji merayu Presiden menolak perletakan jawatan yang dibuat pendakwah tersebut.
Dalam satu rakaman video, penjual air teh ini menangis mengatakan mereka sudah saling bermaafan secara ikhlas di atas apa yang berlaku.
Netizen kata ‘Bapak Es Teh’ baca skrip?
Beberapa netizen mendakwa reaksi Sunhaji dalam video tersebut kelihatan tidak natural, dengan fokus pada pergerakan anak matanya.
Mereka mengesyaki kemungkinan wujud unsur ugutan atau paksaan ke atas peniaga tersebut.

Susulan itu, ramai yang menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memastikan tiada pihak yang teraniaya dalam kes ini.
#OhmediaNasihat
Kisah ini wajar dijadikan pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya menghina orang lain. Bak kata pepatah, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Diharapkan penjual air teh ini tidak merasa bersalah di atas apa yang berlaku. Mungkin ini yang terbaik!

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM