Connect with us

Oh! Media

Masih Cuti, Ini Sebab Abang Viva Rancang Berhenti Kerja

Trending

Masih Cuti, Ini Sebab Abang Viva Rancang Berhenti Kerja

Siapa tak kenal dengan Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva. Abang Viva mula mencuri tumpuan ramai apabila sanggup mengambil cuti kecemasan untuk membantu mangsa banjir di Lembah Klang.

ADVERTISEMENT

Lebih mengagumkan ketika itu dia hanya berbekalkan RM50 untuk mengisi minyak dan makan.

BACA: Ibu Dan Ayah Ucap Syukur Tak Terhingga, Abang Viva Akhirnya Terima Kunci Kereta 4×4

Terbaru, Abang Viva menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Sijil itu disampaikan oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid pada Majlis Perbarisan Tahunan 2022.

Sijil itu merupakan sijil kedua yang diterimanya selepas dipilih menjadi anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka.

Abang Viva mahu tumpu kerja sukarelawan

abang viva
Foto: Harian Metro/Samadi Ahmad

Memetik laporan Harian Metro, Abang Viva dipercayai merancang untuk berhenti kerja dan memberikan fokus kepada kerja sukarelawan.

Ketika ini, dia masih lagi cuti bekerja dan bercadang untuk berhenti dalam masa terdekat.

Kerja sukarelawan memberi kepuasan kepada diri dan ketika ini saya lebih selesa membuat kerja kebajikan membantu golongan yang memerlukan bantuan – katanya.

Tambahnya lagi, dua hari lalu dia ada melakukan kutipan dana di Facebook untuk membantu pusat tahfiz di Pahang yang terjejas banjir.

Sumbangan orang ramai akan digunakan untuk membeli peralatan yang diperlukan di pusat tahfiz.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas