Connect with us

Oh! Media

Masalah Kelainan Gigi, Aaisyah Dhia Rana Jalani Pembedahan

Aaisyah Dhia Rana

Oh! Artis

Masalah Kelainan Gigi, Aaisyah Dhia Rana Jalani Pembedahan

Aaisyah Dhia Rana yang merupakan anak bongsu kepada aktres dan usahawan, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa Aasyiah telah selamat menjalani pembedahan dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth kerana kelainan gigi, semalam.

ADVERTISEMENT

Berita tersebut dikongsi oleh Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menerusi sebuah hantaran di akaun TikTok milikya.

Menurut Che Ta, kes ini jarang berlaku jadi prosedur membuang lebihan gigi pada bahagian tengah itu memerlukan Aaisyah untuk banyak berehat sebelum dibenarkan pulang.

Memang sejak beberapa bulan lalu, dia kerap mengadu mengenai rasa tidak selesa yang didakwa pada bahagian giginya.

Selepas pemeriksaan pakar di Global Doctors di Mont Kiara, doktor mengenalpasti kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.

Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu secara puratanya di dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus saja kes seumpama itu.

Jadi saya dan suami ambil keputusan untuk anak kami itu melakukan pembedahan supaya dia dapat kembali menjalani hidup selesa tanpa masalah sama lagi.

Malah, aktres itu juga memberitahu bahawa kebaikan pembedahan ini dapat membolehkan pertumbuhan gigi kekal yang baharu.

Masa melakukan CT Scan (Imbasan CT) baru-baru ini, baharu nampak keadaan sebenar selepas selama ini kita kurang pasti tentang masalah dilalui Aaisyah.

Dalam pada itu, Che Ta juga meluahkan perasaan syukur kerana proses pembedahan tersebut berjalan lancar dan anak bongsunya yang memiliki semangat yang kuat.

Aaisyah Dhia Rana

Alhamdulilah segala-galanya dipermudahkan. Terima kasih kepada yang bertanya khabar serta mesej termasuk peminat dan rakan artis yang tak sempat dibalas.

Terima kasih atas doa yang tak putus-putus. Semoga doa yang baik-baik ini berbalik kepada anda semua.

BACA: “Toilet Dia Besar Rumah Aku” – Netizen Tergamam Tengok Bilik Dan Tandas Aaisyah Dhia Rana!

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas