Connect with us

Oh! Media

Maryam Pakai Ketat Ketika Brisk Walk Undang Teguran, Ini Respon Ryzal Ibrahim

Ohmedia rizal Ibrahim Maryam

Trending

Maryam Pakai Ketat Ketika Brisk Walk Undang Teguran, Ini Respon Ryzal Ibrahim

Ryzal Ibrahim ditegur netizen gara-gara pakaian ketat isterinya, Maryam ketika brisk walk. Ryzal akui kesilapan dan janji akan lebih berhati-hati selepas ini.

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik foto isterinya, Maryam You Narae, berpakaian sukan ketat ketika melakukan aktiviti brisk walk bersama anak mereka, Rina.

Menurut laporan mStar, perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi dan teguran netizen yang menasihatinya agar lebih peka soal aurat dan penampilan isteri di media sosial.

Ryzal akui kesilapan dan terima teguran

Ryzal Ibrahim Maryam

Tidak melatah dengan kecaman, Ryzal, 33, mengakui ada kebenaran dalam komen yang diberikan dan memilih untuk menerima teguran dengan hati terbuka.

IKLAN

Tiada komen, saya tak tahu nak cakap apa tentang kritikan netizen. Mungkin ada betul kata mereka itu, apapun saya terima dengan hati terbuka.

Malah, Ryzal turut berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini dalam berkongsi foto berkaitan isterinya.

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati bila muat naik gambar isteri.

Netizen nasihat guna pakaian lebih sesuai

Ryzal Ibrahim Maryam

Perkongsian Ryzal yang memaparkan mereka melakukan riadah sekeluarga sebenarnya bertujuan baik, namun pemakaian Maryam yang dianggap tidak patuh syariah menjadi isu utama.

Netizen turut menyarankan agar Maryam memilih pakaian sukan lebih longgar dan bersesuaian dengan penampilan seorang Muslimah.

Sayang sebenarnya sebab keluarga ni sweet, tapi bila bab aurat kena hati-hati. Lagi-lagi bila ramai followers.

Pssttt! Media sosial ibarat cermin besar yang dilihat ramai. Tak salah berkongsi kebahagiaan, tapi pastikan ia tidak mengundang salah faham atau melanggar batas sensitiviti.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas