Connect with us

Oh! Media

Mangsa Mengalami ‘Drug Toxicity’, Bapa Saudara Dipenjara 3 Tahun

bapa saudara

Trending

Mangsa Mengalami ‘Drug Toxicity’, Bapa Saudara Dipenjara 3 Tahun

Bapa saudara kanak-kanak yang kritikal kerana kandungan dadah dalam badan telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Budak Lelaki 3 Tahun Kritikal Telan Dadah, Bapa Saudara Ditahan

Menerusi laporan Sinar Harian, tertuduh, Shahrizuan Alias juga dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah Sesyen.

Mangsa mengalami drug toxicity

bapa saudara

Kanak-kanak berusia tiga tahun ini dipercayai telah didedahkan kepada dadah jenis metamphetamine dan morfin sehingga menyebabkannya mengalami drug toxicity.

Mangsa difahamkan telah duduk di dalam kereta sendirian kerana dilihat mengantuk, sementara pakciknya turun ke sungai untuk mengambil anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan.

Sementara pakciknya keluar, anak kecil ini dipercayai minum air mengandungi dadah yang terletak di dalam kereta kerana botol tersebut didapati sudah kosong.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah memohon agar hukumannya diringankan kerana perlu menyara keluarga.

Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry juga memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara yang setimpal kepada tertuduh kerana kecuaiannya menjaga kanak-kanak tersebut.

Mangsa yang masih kecil tidak dapat membezakan air yang mengandungi dadah kerana usia muda selain memerlukan pemerhatian serta tunjuk ajar.

Tertuduh tidak sepatutnya cuai hingga menyebabkan mangsa kritikal hingga memerlukan bantuan oksigen.

Harap perkara ini dijadikan pengajaran buat semua penjaga di luar sana. Janganlah cuai menjaga anak-anak kerana hal ini boleh membahayakan nyawa mereka.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas