Connect with us

Oh! Media

Mangsa Diikat Dan Dipukul Hingga Maut Didapati Positif Dadah Dan Ganja Kata PDRM

Polis diikat dipukul maut ohmedia

Trending

Mangsa Diikat Dan Dipukul Hingga Maut Didapati Positif Dadah Dan Ganja Kata PDRM

Berkenaan kes lelaki ditarik keluar kereta, diikat dan dipukul sampai mati baru-baru ini, pihak polis telah menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan.

BACA: Keluarga Mangsa Diikat Dan Dipukul Tak Sanggup Lihat Video Tersebar

Perkara ini disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di mana penahanan tersebut melibatkan lelaki berusia 22 dan 39 tahun menjadikan seramai tujuh orang lelaki telah ditahan setakat ini.

IKLAN

Akan ada lebih ramai lagi individu yang dipanggil untuk disiasat..

Image 100

Kita percaya akan ada lagi individu lain yang ditahan selepas ini berhubung kejadian terbabit.

Selain itu, kita juga sudah menerima laporan dibuat oleh dua pemilik kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu.

Hasil siasatan, mangsa difahamkan telah melanggar dua kenderaan lain di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang. Mangsa kemudian ditarik keluar oleh orang ramai yang kemudian mengikat dan memukul mangsa selebum meninggal akibat dipukul.

Mangsa positif dadah dan ganja…

Melihat daripada hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa pula mendapati tiada kecederaan ketara pada tubuhnya.

Bagaimanapun, laporan menunjukkan mangsa positif dadah jenis methaphetamin dan ganja.

Disebabkan itu kita masih menunggu keputusan analisis makmal bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Semakan dilakukan juga mendapati mangsa mempunyai 10 rekod lampau selain dikehendaki atas kesalahan dadah.

Dalam pada itu, Datuk Hussien menasihatkan orang ramai untuk tidak menokok tambah serta mengada-adakan cerita berkaitan kes kerana boleh memberi kesan kepada siasatan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas