Connect with us

Oh! Media

Keluarga Mangsa Diikat Dan Dipukul Tak Sanggup Lihat Video Tersebar

mangsa

Trending

Keluarga Mangsa Diikat Dan Dipukul Tak Sanggup Lihat Video Tersebar

Baru-baru ini tersebar satu video menunjukkan sekumpulan lelaki telah diikat dan dipukul hingga meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor. Bapa kepada mangsa iaitu Samad Bakar, 70 bagaimanapun menyatakan mereka sekeluarga tidak sanggup melihat video itu.

ADVERTISEMENT

Ini apabila video serangan ke atas anaknya, Shahril, 41 itu amat keterlaluan dan mereka hanya mampu mengharap agar pelaku di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal.

Ketika itu anak saya beritahu arwah dipukul. Tiada pula dia maklum yang Shahril dan meninggal dunia. Saya mula bersiap ke lokasi namun anak beritahu tidak perlu kerana arwah sudah di bawa ke Hospital Serdang.

Arwah anak kedua daripada tujuh beradik dan seorang yang baik, malah tidak pernah melawan apabila dimarahi. Dia masih bujang dan banyak membantu saya serta isteri di kedai makan kami.

Arwah tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan tinggalkan kami, namun dua hari lalu dia secara tiba-tiba pulang dan tidur di rumah, sedangkan selama ini dia tidur di kedai.

Kredit gambar: Harian Metro

Adik kepada arwah, Syazwan, 27 turut berpendapat pelaku tidak wajar melakukan perbuatan memukul hingga maut.

Jika marah atas insiden berlaku, tidak sepatutnya dia dihukum sebegitu sehingga menyebabkan kematiannya. Ramai terperanjat seolah-olah tiada perikemanusiaan. Tidak patut ambil alih tugas polis hukum mangsa.

Setakat ini ada beberapa orang awam yang berada di lokasi bersedia tampil sebagai saksi. Al-Fatihah buat arwah Shahril.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas