Trending
“Mana Hati Perut Kau?” – Isu Mahram, PU Amin Bengang Individu Kaitkan Dengan PU Rahmat Dan Zizi Kirana
PU Amin berang individu didakwa sebar fitnah kaitkan PU Rahmat dan Zizi Kirana dalam misi flotila.
Pendakwah bebas, PU Amin, meluahkan rasa tersinggung dengan kenyataan seorang individu mengenai isu mahram ketika misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Dalam hantaran di Thread, pendakwah ini berkata, sehingga kini tiada sebarang permohonan dibuat individu berkenaan.
BACA: “Semua Aktivis Kita Dapat Restu” – PU Amin Ulas Isu Wanita Ikut Berjuang Tanpa Mahram
Tersinggung dengan kenyataan tidak berasas
Menurutnya, pengorbanan besar yang dilakukan peserta flotila demi misi kemanusiaan tidak sepatutnya dijadikan bahan serangan dengan kenyataan tidak berasas.

Dengan penuh rasa marah, PU Amin berkata, apa yang ditulis individu itu memberi bayangan buruk mengenai perjalanan misi sedangkan sepanjang masa aurat dan kesucian sukarelawan terjaga.
Aku terasa hati betul dengan tulisan Instagram Story pasal mahram itu. Dia pun tak ada buat permohonan maaf. Bila dia kaitkan pula dengan Rahmat dan Zizi, memang aku marah. Mereka korbankan segalanya, tapi kau boleh bagi bayangan yang buruk dalam hal ini.
Tambahnya, tuduhan ini bukan main-main kerana orang ramai sendiri boleh melihat mereka di live.
Walaupun PU Amin tidak menyebut nama sesiapa, netizen di ruangan komen mula membuat pelbagai spekulasi mengenai individu yang dimaksudkan.
Pssttt! Fitnah hanya akan menjatuhkan semangat dan merosakkan imej mereka yang berkorban. Harap isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya supaya tiada pihak yang terus terluka.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM