Trending
Mamat Sepah Terlibat Satu Insiden Ketika Mengerjakan Umrah
Pelawak terkenal, Mamat Sepah berdepan ujian apabila mengalami kecederaan pada bahagian pinggang kanan selepas dipercayai tercucuk objek tajam ketika cuba mencium Hajar Aswad.
Menurut laporan mStar, Mamat berkata yang kejadian itu berlaku ketika dia berada dalam kesesakan jemaah pada malam Ahad lepas.
Tiba-tiba saya rasa seperti ada besi tercucuk pada pinggang. Saya menjerit kesakitan dan terus ajak isteri keluar. Rupa-rupanya kain ihram saya berdarah.
Mamat Sepah luka sampai berdarah

Selepas dibawa ke klinik berhampiran oleh pihak agensi umrah, doktor mencadangkan agar lukanya dijahit, namun Mamat memilih hanya tampalan luka agar tidak menyulitkan ibadahnya.
Namun begitu, kecederaan yang dialami itu menyebabkan dia tidak dapat menyertai umrah kali kedua bersama rakan-rakan.
Saya pun jadi takut nak berada di kawasan sesak. Bimbang terkena pada luka. Tapi saya anggap ini sebagai dugaan dan hadiah untuk saya.
Banyak berehat di bilik, anggap ujian ini sebagai pengajaran

Disebabkan kecederaan itu juga, Mamat mengakui dia mengalami kesakitan pada kaki dan terpaksa berehat lebih banyak di bilik penginapan.
Pelawak ini bagaimanapun tetap reda dengan ujian tersebut dan tidak menyalahkan sesiapa.
Mungkin benda tajam tu gunting yang dibawa jemaah untuk bertahlul. Saya tak salahkan sesiapa.
#ApaKataOhmedia
Ibadah di Tanah Suci penuh ujian dan pengorbanan. Sentiasa berhati-hati dalam kesesakan, dan redalah atas setiap dugaan kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi.
