
Trending
Mamat Sepah Menyampuk Syamsul Debat Dalam Podcast Undang Kecaman
Pelawak terkenal, Mamat Sepah, kini menjadi sasaran kritikan hebat warganet selepas tindakannya menyampuk tetamu jemputan, penceramah bebas Syamsul Debat, ketika siaran Dol’s Podcast tular di media sosial.
Rakaman yang dimuat naik ke platform X menunjukkan Syamsul sedang berkongsi kisah perjalanan hidup dan kerjayanya dan tiba-tiba disampuk oleh Mamat, menyebabkan penceramah itu secara terbuka menegurnya.
“Kalau aku Mamat, memang keluar podcast terus!” – Netizen

Insiden itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan Mamat sebagai kurang beradab dan tidak sensitif terhadap tetamu yang memiliki ilmu tinggi.
Tebal muka kau, Syamsul Debat yang tegur. Bukan calang-calang jemputan. Menyampuk tak kena tempat, kalau tak berubah lagi taktahulah” – tulis seorang pengguna X.
Kalau aku la Mamat, memang aku keluar dari podcast ni,” ujar seorang lagi.” – seorang lagi netizen
Rata-rata komen menunjukkan warganet menyokong teguran Syamsul dan berharap agar Mamat lebih menghormati tetamu, terutama mereka yang datang dengan niat untuk berkongsi ilmu.
Netizen minta Mamat Sepah muhasabah diri

Nama sebenar Mamat ialah Mohd Noor Murad, dan beliau bukan asing dalam dunia hiburan tanah air.
Namun, netizen menyifatkan tindakannya kali ini sedikit keterlaluan dan tidak profesional, terutamanya dalam konteks siaran yang seharusnya memberi ruang kepada tetamu berbicara.
