Connect with us

Oh! Media

Malaysia Lakar Sejarah, Berjaya Pisahkan Kembar Siam Pramatang Kongsi Bahagian Hati

Trending

Malaysia Lakar Sejarah, Berjaya Pisahkan Kembar Siam Pramatang Kongsi Bahagian Hati

Hospital Tunku Azizah melakar sejarah pertama Malaysia apabila berjaya dalam pembedahan memisahkan pasangan kembar siam yang bercantum di bahagian dada termasuk hati dan usus.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Penyampai Berita Mandarin Berbangsa Melayu Pertama Di Malaysia, TV2 Lakar Sejarah!

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Dato’ Dr. Zakaria Zahari berkata, pembedahan ini biasanya dilakukan pada umur 3 hingga 6 bulan.

Namun disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan ini terpaksa menjalani pembedahan segera iaitu pada usia 17 hari.

Bayi kembar pramatang ini dilahirkan pada usia 33 minggu kandungan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Pasukan bedah Dato’ Dr. Zakaria disertai enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh Malaysia, pasukan bius kanak-kanak yang diketuai oleh Dr. Intan Zarina dan Dr. Ruwaida dan seramai 20 orang jururawat serta staf dewan bedah kanak-kanak.

Pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major. Kembar siam jenis ‘Omphalophagus’ ini didapati berkongsi bahagian hati (liver) dan organ-organ lain didapati normal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham dilihat turut mengucapkan tahniah di atas pembedahan tersebut. Difahamkan bayi kembar kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Kredit: Hospital Tunku Azizah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas