Connect with us

Oh! Media

Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Arah Arab Saudi

Arab2bsaudipng

Trending

Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Arah Arab Saudi

Dalam pada dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19, masih ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyerang dan menindas beberapa negara untuk kepentingan mereka. Kita juga ada mendengar bahawa Israel tetap terus melakukan kekejaman ke atas bumi Gaza dan terbaru, Arab Saudi juga terus ditekan dengan peluru berpandu.

Disebabkan itu, kerajaan Malaysia turut mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh puak pemberontak Houthi ke arah Arab Saudi pada 27 dan 28 Mac baru-baru ini.

Serangan itu sememangnya tidak boleh diterima dan melampau, terutamanya apabila masyarakat antarabangsa sedang menggemblengkan usaha bagi menangani pandemik COVID-19 dan kesannya ke atas nyawa ribuah manusia di seluruh dunia dan ke atas ekonomi sejagat. – Kata kementerian Luar Malaysia.

Bagaimanapun, pertahanan Arab Saudi melaporkan berjaya memintas peluru berpandu yang disasarkan ke arah bandar Abha, Khamis Mushait, Riyadh dan Jazan.

IKLAN

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca yang turut mengutuk serangan ini di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas