Connect with us

Oh! Media

Malas Nak Cuci Najis, Pengasuh Enggan Beri Makan Minum, Siap Gam Mulut Dan Kaki Anak Asuhan!

Ohmedia ateyn Featured Image 98

Trending

Malas Nak Cuci Najis, Pengasuh Enggan Beri Makan Minum, Siap Gam Mulut Dan Kaki Anak Asuhan!

Kebelakangan ini, sering kita dengar isu tentang sikap sesetengah pengasuh yang cuai dalam menajaga kanak-kanak.

Beberapa hari lalu, menerusi Instagram @phy_losophy seorang wanita telah mendedahkan sikap kejam pengasuh di sebuah pusat penjagaan,di Indonesia.

Wanita itu meluahkan rasa marah dan kecewa, kerana dia telah menghantar anaknya ke taska itu setiap hari ketika dia sedang bekerja.

IKLAN

Apa yang mengejutkan, apabila ada rakaman menunjukkan mulut dan kaki anaknya telah di gam pada kerusi.

Difahamkan kanak-kanak disitu juga tidak diberi makan dan minum untuk mengelakkan mereka daripada membuang air. Dengan itu, pengasuh tidak perlu bersusah payah untuk menguruskan mereka.

Perkongsian wanita tersebut telah mendapat perhatian warga maya, sehingga ada ibu bapa yang turut berkongsi pengalaman yang sama.

Ada ibu yang menceritakan bahawa anaknya pernah dikurung di bilik air oleh pengasuh di pusat penjagaan yang sama, atas alasan anaknya sering ‘tantrum’.

Namun, selepas perbuatan mereka dibongkar pihak taska dengan mudahnya meminta maaf dan memohon untuk berdamai.

Taska mereka masih beroperasi sehingga sekarang walaupun wanita itu telah sudah membuat laporan polis kerana kesalahan mereka dianggap ‘kesalahan ringan’.

Ohmedia ateyn Featured Image 98

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram phy_losophy


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas