Connect with us

Oh! Media

umrah

Trending

Mak Cik Ikat Perut 15 Tahun Demi Tunaikan Umrah, Tapi Ditipu Hingga Rugi RM33,000!

Seorang warga emas dikenali sebagai Maimun Sarajul membuat pengorbanan besar demi menunaikan impian ke Tanah Suci.

Memetik laporan Kosmo!, selama lebih 15 tahun, beliau hanya makan nasi berlauk bawang atau air garam untuk menyimpan duit bantuan Baitulmal.

IKLAN

15 tahun menabung, makan nasi dengan bawang dan garam

Namun, impian suci itu musnah apabila beliau menjadi mangsa penipuan syarikat pengendali umrah yang gagal menunaikan janji.

Terdahulu, media melaporkan lebih 300 jemaah termasuk dari Brunei dan Korea Selatan terkandas selepas syarikat pengendali pakej umrah gagal menyediakan tiket penerbangan, visa, dan hotel.

Jumlah kerugian keseluruhan dilaporkan mencecah sehingga RM2.1 juta, setakat ini hanya 20 jemaah mendapat ‘refund’ semula.

Berhasrat bawa anak dan cucu OKU

Kredit foto: Kosmo! (Faiz Alif Zubir)

Warga emas yang merupakan ibu tunggal ini mula menyimpan duit bantuan Baitulmal sejak 2009. Beliau berharap dapat membawa anak dan cucunya yang juga OKU untuk menunaikan ibadah umrah.

Malah, beliau telah membayar RM800 untuk menyewa kerusi roda cucunya. Difahamkan, Maimun mendapat tahu mengenai pakej umrah syarikat tersebut melalui seorang usahawan kosmetik dari Kelantan.

Dia bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM11,000 untuk dua orang di mana ianya jauh lebih murah berbanding pakej lain yang pernah beliau pertimbangkan.

Jadi, beliau telah membayar penuh RM33,000 untuk membawa enam ahli keluarganya.

#OhmediaNasihat Penipuan umrah seperti ini memberi pengajaran besar kepada semua. Sebelum memilih mana-mana pakej, pastikan syarikat pengendali mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa dan semak rekod mereka dengan lebih teliti. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran harga murah di media sosial tanpa pengesahan. Lebih baik berjimat sedikit masa lebih lama, asalkan perjalanan ibadah itu terjamin.

umrah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo!


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas