Connect with us

Oh! Media

Mak Ayah Suruh Buat Loan Untuk Majlis Kahwin, Pengantin Dedah Derita Perlu Bayar Hutang

Trending

Mak Ayah Suruh Buat Loan Untuk Majlis Kahwin, Pengantin Dedah Derita Perlu Bayar Hutang

Setiap orang yang berkahwin pasti mengimpikan majlis persandingan yang mewah dan besar-besaran kan? Tapi haruslah ingat untuk sentiasa mengukur baju di badan sendiri sebab takut nanti boleh menyesal di kemudian hari.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Pinjam Duit Isteri RM120k Kantoi Guna Untuk Kahwin Baru

Itulah luahan yang dikongsi seorang wanita selepas mendedahkan dia dan suami kini terpaksa menanggung hutang yang mereka buat semata-mata ingin memuaskan hati orang tuanya.

Menerusi perkongsiannya kepada ConfessTweetMy, dia dan suami tidak merasa bahagia sepanjang enam bulan perkahwinan mereka kerana perlu bekerja lebih masa untuk membayar hutang-piutang itu.

Sepanjang enam bulan berkahwin, saya lebih banyak menangis daripada gembira. Dulu kami ingin buat majlis secara kecil-kecilan sahaja, tetapi ibu bapa tetap ingin buat majlis mewah di sebuah hotel.

Mereka meminta suami (tunang pada ketika itu) untuk membuat pinjaman sebanyak RM40,000 bagi melunaskan hasrat mereka. Tetapi sehingga kini, kami berdua menderita untuk bekerja keras.

Lebih menyedihkan, suaminya yang bekerja sebagai kerani itu terpaksa membuat kerja separuh masa sebagai rider penghantar makanan namun masih tidak mampu untuk menampung membayar hutang tersebut.

Sekarang ni kami struggle nak bayar loan. Suami balik kerja terus buat GrabFood. Saya jual dropship online tapi tulah sendu je sales kadang tak ada pun.

Husband saya yang dulunya ceria sekarang banyak tidur je balik rumah. Penat katanya kerja tak habis-habis. Dia menyesal betul buat loan tu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan pasangan suami isteri ini dan menasihati orang ramai untuk menjadikan ini sebagai iktibar dan pengajaran.

Kesian dekat pasangan suami isteri ni, disebabkan kerakusan ibu ayah nak buat majlis mewah, anak yang perlu tanggung beban hutang.

Kredit: Twitter ConfessTweetMy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas