Connect with us

Oh! Media

Majlis Pelancaran iPhone 9 Hujung Bulan Ini Mungkin Dibatalkan

Trending

Majlis Pelancaran iPhone 9 Hujung Bulan Ini Mungkin Dibatalkan

Mesti ramai yang dah tertunggu-tunggu kedatangan iPhone 9 yang dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi kan? Ohmedia dapat tahu yang Apple mungkin akan membatalkan majlis pelancaran iPhone 9 yang bakal dilancarkan 31 Mac ini akibat wabak koronavirus yang tengah melanda dan agak membimbangkan semua orang.

ADVERTISEMENT


BACA : Apple Lancarkan iPhone Terbaru Dengan Harga RM2,000

Lokasi yang bakal digunakan untuk pelancaran iPhone 9 iaitu di Santa Clara Country, Silicon Valley dikatakan lokasi yang paling teruk di United States yang terkena wabak koronavirus dan tidak mustahil untuk Apple menangguhkan pelancaran itu disebabkan mengambil langkah untuk berjaga-jaga.


BACA : Bentuk Dan Spec iPhone 9 Atau SE2


Berita ini juga dikatakan sendiri oleh Jon Prosser dan dikatakan yang maklumat itu daripada sumber syarikat Apple sendiri. Tapi, kita masih belum dapat pengumuman rasmi lagi tentang penagguhan pelancaran iPhone 9 ini oleh syarikat Apple sendiri.



Pada perancangan awal, iPhone 9 akan dilancarkan pada bulan Mac oleh Apple dan dijangkakan bermula penjualannya pada Jun 2020 dan pada tahun ini juga, Apple juga dijangkakan bakal mengeluarkan enam model baru iPhone 12.

Sumber : John Prosser

OHMEDIA : SEMOGA WABAK KORONAVIRUS INI AKAN BERAKHIR.

+ Baca respon pembaca majlis pelancaran iPhone 9 mungkin dibatalkan di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas