Trending
Main Pickleball Rasa Macam Court Profesional, Ini Yang Buat Picklefy Lain Dari Yang Lain
Sukan pickleball kini semakin popular di Malaysia. Bagi yang masih mencari tempat terbaik untuk bermain, berlatih, Picklefy muncul sebagai antara lokasi paling lengkap dan eksklusif.
Picklefy terletak di Jalan TUDM, Kg Baru Subang, berhampiran Lapangan Terbang Subang. Untuk lebih mudah, cuma perlu Waze atau GoogleMap dan masukkan ‘Picklefy’ bagi memastikan anda sampai ke lokasi yang betul.
Bukan sekadar gelanggang biasa, Picklefy menawarkan pengalaman bermain yang menyeluruh. Dari fasiliti bertaraf premium, suasana komuniti yang mesra, sehinggalah sistem keahlian yang berbaloi untuk pemain kasual mahupun profesional.
Gelanggang Dengan 14 Court Premium

Antara keunikan utama Picklefy ialah ia memiliki 14 buah gelanggang pickleball di bawah satu bumbung. Ini membolehkan lebih ramai pemain bermain serentak, menganjurkan sesi latihan, perlawanan persahabatan dan kejohanan komuniti.
Susun atur gelanggang juga lebih luas berbanding kebanyakan tempat lain, memberikan ruang pergerakan yang selesa.
Pemain boleh bergerak bebas, membuat rally panjang dan mempamerkan skil dengan lebih fleksibel tanpa rasa sempit atau terhad.
Naik Taraf Lantai Baharu Dengan Teknologi Mapei

Picklefy baru-baru ini turut menjalankan naik taraf lantai menggunakan sistem Mapei, jenama antarabangsa yang terkenal dengan teknologi permukaan sukan bertaraf profesional.
Kelebihan lantai baharu ini termasuk:
-Cengkaman lebih baik
-Lantunan bola lebih konsisten
-Kurang risiko tergelincir
-Lebih selesa untuk lutut dan sendi
Hasilnya, permainan jadi lebih lancar, selamat dan menyeronokkan, sama ada untuk pemain baru atau yang sudah berpengalaman.
Ball Machine & Fasiliti Lengkap Untuk Tingkatkan Skill
Bagi yang serius mahu meningkatkan prestasi, Picklefy menyediakan ball machine yang membolehkan pemain berlatih secara konsisten tanpa perlu bergantung kepada rakan latihan.
Digabungkan dengan gelanggang premium, ruang luas dan persekitaran kondusif, pemain boleh fokus kepada teknik, footwork dan reaksi dengan lebih efektif.
Komuniti Mesra & Suasana 5 Bintang

Picklefy bukan sekadar tempat bermain pickleball, tetapi sebuah komuniti. Pemain baru berjinak-jinak disambut dengan suasana yang mesra oleh komuniti berkongsi minat sama.
Mudah untuk mencari sparring partner, belajar daripada pemain lebih berpengalaman dan bina networking sesama peminat pickleball.
Dari segi keselesaan, fasiliti seperti tandas bertaraf 5 bintang turut disediakan, menjadikan pengalaman di Picklefy lebih selesa untuk sesi bermain yang panjang.
Keahlian Paling Berbaloi
Untuk menikmati semua kelebihan ini dengan cara paling jimat dan efektif, melanggan keahlian Picklefy adalah pilihan terbaik.
Antara manfaat utama membership termasuk:
-Akses ke gelanggang premium
-Penggunaan ball machine
-Kadar tempahan lebih murah
-Keutamaan slot bermain
Sewaan gelanggang bermula serendah RM45 sejam

Dapatkan sewaan serendah RM45 sejam bagi Standard Court untuk hari Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 5 petang). Manakala VIP Court pula boleh disewa dengan harga RM60 sejam bagi hari dan waktu yang sama.
Untuk menikmati lebih ganjaran, daftar keahlian di bawah Picklefy dan dapatkan pelbagai kelebihan bermula pada harga RM149 sebulan.



Akses kepada aktiviti dan acara komuniti
Tidak hairanlah keahlian Picklefy dianggap antara yang paling bernilai dalam bandar, terutamanya bagi mereka yang kerap bermain dan mahu serius dalam sukan ini.
Lawati website Picklefy untuk info lanjut dan jangan lupa ikuti mereka di:
Facebook: https://www.facebook.com/picklefy.official/
Instagram: https://www.instagram.com/picklefy.official/?hl=en

Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24
OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM