Ia selepas barisan Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penelitian dan kajian lanjut berkaitan cadangan untuk melakukan hukuman gantian terhadap kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori tetapi dengan budi bicara mahkamah.
Bapa Arwah Zulfarhan tidak setuju
Terbaru, Harian Metro melaporkan bahawa bapa kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak bersetuju sekiranya hukuman mati mandatori itu dimansuhkan.
Menurut Zulkarnain Idros, 57, dia bimbang kes kesalahan serius akan terus meningkat sekiranya hukuman mati mandatori itu dimansuhkan dan hukuman penjara seumur hidup bukanlah satu hukuman yang setimpal bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan jenayah berat.
Saya memang tidak setuju dengan pemansuhan hukuman mati mandatori. Langkah itu dibimbangi akan menyebabkan kes pengedaran dadah dan bunuh akan meningkat di negara kita.
Saya tahu hukuman mati itu masih wujud dengan hakim mempunyai pilihan lain mengikut budi bicaranya dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah, namun adakah jika sudah sah bersalah membunuh orang tetapi hukuman selain mati mandatori pula diberikan. Ia tidak adil kepada keluarga yang terpaksa menanggung sengsara.
Zulkarnain turut menyuarakan pendapat agar kerajaan melakukan undian secara terbuka yang membabitkan rakyat jika pemansuhan hukuman mati mandatori mahu dilakukan.
Ia membabitkan kehidupan rakyat negara ini. Saya berpendapat ia wajar ditentukan majoriti rakyat,bukan hanya sekumpulan pihak sahaja yang mungkin ada kepentingan lain.
Keputusan yang diumumkan kerajaan mengenai pemansuhan hukuman mati mandatori ini mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat ini kerana berasa tidak adil terhadap keluarga mangsa yang terlibat.
Tak adil buat keluarga mangsa
Kalau dimansuhkan tunggang terbaliklah negara
Nak ikut USA kot
Undang-undang manusia sampai bila-bila pun tidak adil
Meskipun ia tertakluk pada budi bicara sewaktu perbicaraan di mahkamah, keputusan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori ini mendatangkan amarah rakyat di negara ini. Diharapkan keputusan yang akan dibuat kelak akan lebih adil dan saksama bagi membela nasib keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.