Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori

hukuman mati

Trending

Kerajaan Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori

Kerajaan telah bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan hukuman gantian yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Tak Puas Hati Hukuman 6 Tahun Penjara Pengasuh Adam Rayqal? Ini Penjelasan Peguam

Menerusi laporan Berita Harian, keputusan ini dicapai semasa Mesyuarat jemaah menteri selepas pembentangan Laporan Kajian hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Penelitian dan kajian dilaksanakan

hukuman mati

Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain kementerian dan jabatan berkepentingan.

Tindakan ini amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip proportionality serta keperlembagaan (constitutionality) mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti. – Wan Junaidi

Kerajaan juga akan mengkaji kebolehlaksanaan yang berkaitan dengan hala tuju sistem keadilan jenayah di Malaysia.

Apabila semua keputusan dikaji, maka ia akan mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan Malaysia dalam menambah baik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga telah berkongsi kenyataan pemansuhan hukuman mati ini di Twitter.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas