Connect with us

Oh! Media

Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan, Anak Mat Sabu Bebas Tuduhan Salah Guna Dadah

Anak Mat Sabu Dadah

Trending

Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan, Anak Mat Sabu Bebas Tuduhan Salah Guna Dadah

Anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam kekal dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan dadah tiga tahun lalu.

BACA: Ini Keputusan Akhir Kes Dadah Libatkan Anak Bekas Menteri Pertahanan Selepas Lebih 2 Tahun

Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Kamaludin Md Said menolak hujah pihak perayu (pendakwaan) bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah dari segi fakta dan undang-undang ketika membuat keputusan membebaskan responden sebelum ini.

IKLAN

Mahkamah juga berpuas hati bahawa hakim berkenaan mempertimbangkan keterangan secara keseluruhan. Oleh itu, rayuan pendakwaan ditolak dan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dibuat Mahkamah Majistret pada 24 Jun 2020.

Anak sabu bernama 2588596 20220826132736
Foto BERNAMA

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu ketika prosiding yang berlangsung pada 27 Oktober tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah  ketika membuat keputusan itu berkata, pengambilan hanya satu botol air kencing membuka kemungkinan berlakunya pencemaran. Ini kerana sampel sama digunakan oleh polis untuk ujian saringan dan ahli kimia untuk ujian pengesahan.

Hakim mendapati polis gagal mematuhi garis panduan apabila tidak mengambil dua botol sampel air kencing menyebabkan sabitan itu cacat.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas