Connect with us

Oh! Media

Ini Keputusan Akhir Kes Dadah Libatkan Anak Bekas Menteri Pertahanan Selepas Lebih 2 Tahun

ahmad saiful

Oh! Negara

Ini Keputusan Akhir Kes Dadah Libatkan Anak Bekas Menteri Pertahanan Selepas Lebih 2 Tahun

Masih ingat dengan kes dadah melibatkan anak kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu? Negara sebelum ini digemparkan dengan penahanan Ahmad Saiful Islam di sebuah hotel atas penyalahgunaan dadah di sebuah hotel dua tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi pada 27 Oktober 2021 akhirnya memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan anak Mohamad Sabu itu walaupun telahpun didapati bersalah sebelum ini.

Keputusan ini diputuskan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang telah membenarkan tertuduh mengemukakan rayuan selaku perayu sebelum ini. Rayuan ini dilakukan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman ke atas dirinya.

Kronologi kes anak Mat Sabu

Ahmad Saiful Islam sebelum ini ditahan di sebuah hotel menggunakan dadah jenis THC pada jam 2.05 pagi pada 5 Januari 2019. Bagaimanapun, pada 2 Julai 2020, tertuduh telah mengemukakan fail rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun 2020.

Rayuan ini dilakukan selepas tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dikenakan hukuman penjara selama lapan bulan.

Hukuman itu dijatuhkan ke atas tertuduh oleh Majistret selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah kemudian mengarahkan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan serta polis untuk mengawai pesalah selama dua tahun sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara. Bagaimanapun, hukuman penjara lapan bulan itu ditangguhkan sementara bagi menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Akhirnya Mahkamah Tinggi pun memutuskan untuk membebaskan pesalah. Habis cerita and they live happily ever after, sekian terima kasih.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas