Connect with us

Oh! Media

“Macam Aku Yang Bayar Letrik Rumah Kau”- Naim Daniel Melenting Kerana Diboikot?

Naim

Oh! Artis

“Macam Aku Yang Bayar Letrik Rumah Kau”- Naim Daniel Melenting Kerana Diboikot?

Ha sekarang kan ramai artis kena boikot sebab gerakan Blockout 2024 di media sosial. Nama penyanyi dan pelakon, Naim Daniel juga tidak terkecuali dan lagi menjadi tumpuan netizen kerana melenting lepas diboikot.

BACA: Nadhir Nasar Akhirnya Bersuara Isu Diboikot Kerana Promosi Produk Israel

Menerusi hantaran X di akaun miliknya, Naim meluahkan rasa geram kerana didakwa tidak menyokong Palestin oleh netizen.

IKLAN

Difahamkan dia juga menyalahkan netizen kerana tidak memahami konteks yang disampaikan sehingga sanggup memfitnah.

Kecewa kau terhadap aku tu macamlah aku yang bayar letrik rumah kau.

Sekarang ni celah mana dalam tweet aku tu yang aku kata aku tak sokong palestin.

Tambahnya, dia juga tak pernah mention tentang selebriti dan apa-apa yang berkaitan dalam isu ini.

Tak tahu pula bila kita boikot itu ini dah jamin kita ni saja yang Allah pandang dan ada hak untuk kita merendahkan orang lain.

Islam ke tu?

Naim daniel

Hasil pemerhatian kami, Naim Daniel juga telah memadam hantaran X tersebut dan masih tiada kenyataan dari pihaknya berkaitan isu ini.

Nampaknya kali ini pelakon itu marah betul dengan netizen. Harapnya, Naim akan berikan penjelasan dalam masa terdekat ni.

Kredit: X @naimdanielx

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas