Trending
Luah Harapan Marissa Dania Diraikan Majlis Persandingan Indah, Doa Abby Abadi Buat Ramai Sebak
Abby Abadi luah harapan mahu lihat Marissa Dania diraikan majlis indah suatu hari nanti. Doa seorang ibu undang sebak ramai.
Pelakon, Abby Abadi meluahkan harapan agar anak perempuannya, Marissa Dania dapat diraikan dalam sebuah majlis persandingan yang indah suatu hari nanti.
Menurut laporan mStar, Abby mengakui ia sekadar angan-angan seorang ibu, namun percaya setiap anak gadis berhak diraikan sebaiknya.
Saya tengah berangan ini, doakan untuk anak cantik saya, Marissa Dania ini, agar ada rezeki merasa majlis yang indah-indah supaya jadi kenangan abadi untuk diri dia.
Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya.
Abby Abadi harapkan yang terbaik untuk Marissa Dania

Menerusi video yang dikongsikan itu, Abby turut memaparkan foto bersama Marissa ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Erra Fazira dan Ezwan Zain pada Sabtu lalu.
Sebagai seorang ibu, Abby tidak lupa menitipkan doa agar kehidupan anaknya sentiasa dilimpahi ketenangan dan kebahagiaan.
Semoga ada rezeki untuk anak ini, Ya Allah. Majlis serba indah, yang penuh ketenangan, serikan wajahnya dengan cahaya kebahagiaan, lapangkan jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman.
Perkahwinan di Thailand undang perhatian

Untuk rekod, Marissa Dania mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang majlis rasmi diadakan untuk mengumumkan hubungan mereka kepada umum.
Ahmad Aslam juga merupakan suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan dan memiliki tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.
Pssttt! Setiap anak berhak diraikan dan disayangi tanpa mengira keadaan. Doa ibu adalah kekuatan terbesar, dan semoga segala urusan dipermudahkan serta hati terus diberi ketenangan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM