Trending
Lokasi Farah Lee Dan 12 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Belum Diketahui
Lokasi Farah Lee dan 12 rakyat Malaysia masih tidak diketahui.
Sehingga kini, lokasi sebenar Farah Lee bersama 12 rakyat Malaysia lain yang ditahan tentera IDF ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) masih belum diketahui.
Menerusi kenyataan rasmi Childrity, penahanan Farah Lee berlaku sekitar jam 5.19 pagi waktu Malaysia ketika kapal Grande Blu berlayar di perairan antarabangsa menuju Gaza.
BACA: Farah Lee Dedah Tentera Beri Dua Pilihan, Patah Balik Ke Negara Asal Atau Ditahan
Buat masa ini, mereka yang ditahan hilang tanpa khabar sekali gus menimbulkan kebimbangan besar kepada keluarga serta rakyat Malaysia yang menunggu perkembangan lanjut.
Keluarga tunggu dengan penuh debaran
Namun, pihak keluarga Farah Lee dan semua aktivis Malaysia sudah dimaklumkan mengenai insiden ini dan kini berada di Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat terkini.

Bagaimanapun, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan lokasi sebenar aktivis terbabit sama ada dibawa ke penjara Israel atau lokasi lain yang dirahsiakan.
Farah Lee bersama seluruh aktivis flotilla bukanlah penjenayah, tetapi pembawa misi kemanusiaan. Penahanan mereka adalah satu tindakan pengecut dan pencabulan hak asasi manusia.
Childrity menegaskan bahawa penahanan ini bukan sahaja tidak sah, malah satu pencabulan hak asasi manusia.
Pssttt! Doa kita bersama agar mereka segera dibebaskan dan pulang dengan selamat.
Kredit: Instagram Farah Lee
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM