Trending
Farah Lee Dedah Tentera Beri Dua Pilihan, Patah Balik Ke Negara Asal Atau Ditahan
Farah Lee dan aktivis GSF yang ditahan hantar mesej SOS kepada kerajaan Malaysia.
Aktivis Farah Lee yang turut menyertai misi Global Sumud Flotilla mendedahkan tentera IDF memberi amaran dan pilihan semasa kapal mereka disekat di perairan antarabangsa menuju ke Gaza.
Dalam rakaman suara tular, Farah Lee memaklumkan tentera Israel memberi dua pilihan sama ada mengikut tentera ke negara Israel atau berpatah balik.
BACA: Ardell Aryana Ditahan Tentera Pendatang Haram, Kapal Dinaiki Disembur Meriam Air
Namun, pilihan itu disertai dengan amaran keras bahawa jika mereka terus mara, tindakan lebih tegas akan dikenakan.
Farah Lee dan rakan delegasi tetap teguh
Walaupun berdepan ancaman yang begitu berat, Farah Lee menegaskan mereka tetap teguh meneruskan perjalanan misi kemanusiaan ini.
View on Threads
Dalam video yang dikongsikan, jelas kedengaran arahan serta ancaman yang dilemparkan oleh tentera Israel. Malah, mereka juga dilaporkan menyembur air sebagai amaran terhadap kapal yang bergerak.
SOS dari kapal Grande Blu
View on Threads
Delegasi Malaysia di kapal Grande Blu yang turut disertai oleh Farah Lee dan Danish Nazram turut menghantar mesej SOS kepada kerajaan Malaysia.
Dalam video yang dimuat naik di laman rasmi Sumud Nusantara, Farah Lee bersama Danish tampil merayu kepada kerajaan Malaysia agar segera campur tangan.
Menurut kenyataan Sumud Nusantara, kedua-duanya sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa.
Pssttt! Situasi ini benar-benar memilukan dan mendebarkan. Keteguhan mereka dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin wajar dihargai. Semoga kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan dan mendoakan keselamatan mereka semua.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM