Connect with us

Oh! Media

‘Liverpool Tak Boleh Dinobat Sebagai Juara’ – Penjaring Terbanyak EPL

ohmedia liv 1png

Trending

‘Liverpool Tak Boleh Dinobat Sebagai Juara’ – Penjaring Terbanyak EPL

Wabak COVID-19 yang telah diisytiharkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia, WHO sebagai pandemik telah memaksa segala aktiviti seperti pertandingan bola sepak ditangguhkan, termasuklah Liga Perdana Inggeris. Setakat ini Liverpool menjadi pendahulu liga dengan berkelebihan 25 mata dibelakang pencabar terdekat, Manchester City.

Penangguhan liga terpaksa dilakukan sehingga 3 April. Namun dengan keadaan penularan wabak yang semakin teruk disekitar Eropah, timbul persoalan sekiranya saingan liga tidak dapat diteruskan. Adakah Liverpool akan dinobatkan sebagai juara liga setelah menjadi pendahulu liga?

Sumber gambar dari TeamTalk

Bekas penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris sepanjang zaman, Alan Shrear berpendapat bahawa Liverpool ‘tidak sepatutnya’ dinobatkan sebagai juara liga jika saingan kempen musim ini tidak disempurnakan seperti yang dipetik dari Berita Harian.

IKLAN

Jelas beliau, Liverpool perlu menamatkan saingan dengan menghabiskan baki perlawanan meskipun sedar sememangnya kebal dipuncak liga dan memerlukan enam mata lagi untuk menjadi juara. Tambah beliau lagi, jalan ceritanya berbeza sekiranya saingan liga digantung selepas memiliki mata berkenaan untuk menjadi juara.

“Kalau saingan musim ini tidak dapat diteruskan, kita seharusnya tidak ada pemenang ataupun pasukan yang perlu disingkirkan. Mungkin ini satu kenyataan yang perit lebih-lebih lagi buat Liverpool namun hanya inilah caranya,”kata Alan Shrear

OHMEDIA: JANGAN RISAU FAN LIVERPOOL, INI MUNGKIN PADANGAN PERIBADI BELIAU SAJA, KAH!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Liverpool tidak boleh dinobatkan sebagai juara di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas