Connect with us

Oh! Media

Inspirasi Buat Anak Muda! Syada Amzah Tampil Dalam Muzik Video LG Life’s Good

Trending

Inspirasi Buat Anak Muda! Syada Amzah Tampil Dalam Muzik Video LG Life’s Good

Buat pertama kalinya LG Electronics Malaysia (LG) mengumumkan video musik LG Life’s Good video bersempena dengan LG Life’s Good Music Challenge. Kempen Life’s Good yang menyayat hati rakyat Malaysia itu turut dibintangi penyanyi dan pencipta lagu tempatan popular, Syada Amzah.

ADVERTISEMENT

Mengiramakan lagu berjudul Life’s Good, Syada Amzah menyanyikan dan menghasilkan lagu yang ceria dan memberikan inspirasi bersama pemenang LG Music Challenge (Team Malaysia).

Team Malaysia yang dibarisi ahli muzik berbakat iaitu Annas Putera, Chien Gale dan Anis Syazana mengambil peluang untuk menampilkan bakat muzik mereka di dalam video muzik bersama Syada Amzah. Bukan itu sahaja, Team Malaysia juga menerima hadiah lumayan yang serba baru seperti LG C1 48’ 4K Smart SELF-LIT OLED TV with AI ThinQ® (2021) dan juga LG TONE Free FP9 (Putih).

Kempen Life’s Good membantu generasi mudah kekal ceria

Menurut Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia mengharapkan kempen Life’s Good ini sedikit sebanyak mampu membantu generasi muda untuk kekal ceria dalam menjalani kehidupan melalui harmoni muzik

Sempena kempen Life’s Good, video muzik ini dapat meraikan dan mengilhamkan kepelbagaian melalui kemungkinan tanpa had generasi muda. Melalui harmoni muzik,  kita mahu generasi muda untuk mencipta saat-saat yang menyeronokkan dan ceria di samping menyuntik kreativiti mereka untuk menjalani kehidupan yang baik.

Kempen Life’s Good ini turut menggalakan anak muda Malaysia untuk mengikuti minat mereka dan menghargai kesederhanaan hidup melalui muzik. Makna sebenar Life’s Good turut dapat dirasai melalui penyampaian alunan lagu merdu bagi meraikan belia hari ini.

Teruja berkolaborasi bersama pemuzik berbakat tempatan

Menurut penyanyi, Syada Amzah, dia sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini serta berpeluang bekerjasama bersama pemuzik yang berbakat.

Pengalaman ini merupakan saat yang sungguh mengujakan untuk menjadi sebahagian daripada kempen yang dianjurkan oleh LG Electronics Malaysia ini. Dekelilingi pemuzik berbakat merupakan pengalaman yang menyeronokkan bagi saya. Saya berasa gembira kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu yang berbakat, mereka mempunyai keupayaan untuk mengembang dan mencungkil kreativiti mereka sekali gus menyumbang kepada industri muzik tempatan.

Life’s Good Music Challenge dilancarkan di Malaysia sempena Life’s Good Music Challenge untuk memberi peluang kepada anak muda yang mempunyai bakat muzik dan cita-cita untuk berkongsi suara unik mereka dengan dunia.

Life’s Good Video Muzik boleh ditonton di channel YouTube LG Electronics Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang 2021 Life’s Good Music Challenge campaign, layari laman rasmi YouTube dan Instagram LG Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai LG dan produk yang memenangi anugerah, boleh didapati di https://www.lg.com/my atau ikuti laman official LG di https://www.facebook.com/LGEMalaysia/ untuk maklumat terkini, berita dan promosi.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas