Connect with us

Oh! Media

Letupan Paip Gas Putra Heights: Mangsa Mungkin Tak Dilindungi Insurans?

Petronas Putra Height Terbakar

Trending

Letupan Paip Gas Putra Heights: Mangsa Mungkin Tak Dilindungi Insurans?

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan tragedi letupan dan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights. 

Menurut laporan Harian Metro, terdapat isu baharu yang timbul apabila terdapat kemungkinan mangsa yang mengalami kerugian harta benda tidak dilindungi insurans. Biar betul?

Mangsa di Putra Heights yang kerugian harta benda mungkin tidak dilindungi

Copy of Untitled Design   1

Pengerusi Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan, Nik Saiful Adli Burhan, menjelaskan bahawa kebocoran gas bukanlah kejadian yang lazim atau boleh dijangka dalam polisi insurans standard.

IKLAN

Insiden seperti ini mungkin tidak termasuk dalam perlindungan biasa dan hanya boleh dituntut di bawah perlindungan khas (special perils) yang tidak diambil oleh kebanyakan pemilik harta.

Bolehkah mangsa buat tuntutan?

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Dalam menentukan hak tuntutan mangsa, beberapa aspek perlu diteliti, termasuk Akta Bekalan Gas 1993 serta prinsip liabiliti ketat (strict liability) terhadap penyelenggaraan paip gas oleh PETRONAS.

Menurut Seksyen 30 dalam akta tersebut, pemegang lesen (seperti PETRONAS) bertanggungjawab untuk memastikan pemasangan, pengendalian, dan penyelenggaraan sistem gas dilakukan dengan selamat.

Sementara itu, Seksyen 32 memperuntukkan penalti kepada mana-mana pihak yang gagal mengambil langkah-langkah wajar dalam memastikan keselamatan awam.

Jika terbukti terdapat kecuaian dalam penyelenggaraan atau pemantauan paip gas, mangsa boleh menuntut ganti rugi atas kerugian yang dialami di mahkamah, selain pemegang lesen boleh dikenakan denda dan penalti.

#ApaKataOhmedia

Keselamatan infrastruktur gas perlu sentiasa dipantau untuk mengelakkan tragedi seperti ini berulang. Jika anda tinggal berdekatan sumber gas atau projek pembangunan, sebarang bau gas yang mencurigakan atau tanda kebocoran perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.

Petronas Putra Height Terbakar

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas