Connect with us

Oh! Media

Lepas 4 Tahun Berpisah, Anak Bongsu Pengasas Kosmetik Pilih Duduk Dengan Adik Beradik Seibu

pengasas kosmetik

Trending

Lepas 4 Tahun Berpisah, Anak Bongsu Pengasas Kosmetik Pilih Duduk Dengan Adik Beradik Seibu

Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Skincare, Irdiena Hakim Jasman meluahkan rasa syukur tak terhingga kerana adik bongsunya, Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal memilih untuk tinggal bersama neneknya.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, Irdiena bersama neneknya Khatijah Mirdin serta ibu saudara Faradilla Rohban Ahmad membuat tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) terhadap Qaseh setelah empat tahun dinafikan hak untuk berjumpa.

Perjuangan mereka akhirnya berjaya apabila Qaseh sendiri membuat keputusan di depan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk tinggal bersama adik beradik seibu serta nenek.

Peguam mewakili plantif, Naimah Saupi berkata, keputusan yang dibuat Qaseh mengejutkan dan pihaknya akan berbincang dengan peguam defendan mengenai hak lawatan bapa kandungya.

Di TikTok, bapa saudara turut mengucapkan rasa syukur dengan hak penjagaan yang diterima mereka sekeluarga. Jelasnya, Qaseh sendiri yang membuat keputusan berkenaan tanpa dipaksa oleh sesiapa.

@faizulrohban Keterangan Tentang Kes Hari Ini #jagabaikbaik #fazianirohban #rohbanfamily ♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Terdahulu, Irdiena mendakwa mereka sekeluarga tak dibenarkan berjumpa adik bongsu semenjak tinggal dengan bapa tiri selepas ibu meninggal dunia. Perkara ini menyebabkan mereka nekad untuk menuntut hak jagaan di mahkamah.

BACA: Keluarga Pengasas Dnars Skincare Buat Laporan SPRM, Dakwa Proses Bawa Pulang Jenazah Tak Ikut Prosedur

Kredit: Harian Metro | Instagram irdnar_j

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas