Connect with us

Oh! Media

Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Berhadapan Satu Lagi Pertuduhan Pukul Dan Ugut Pekerja Restoran

Lelaki baju merah tunjal kepala ohmedia

Trending

Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Berhadapan Satu Lagi Pertuduhan Pukul Dan Ugut Pekerja Restoran

Sebelum ini kami ada kongsikan satu kejadian di mana seorang lelaki baju merah tunjal kepala seorang pemandu wanita di sebuah jalan Cameron Highland. 

Walau bagaimanapun, timbul pula dakwaan lain dimana lelaki yang sama ada menampar seorang pekerja restoran di sebuah kedai steamboat di Cameron Highland berkali-kali.

BACA : Wanita Dakwa Sebelum Kes Tunjal Kepala, Lelaki Baju Merah Ada Tampar Staf Restoran Berkali-Kali

IKLAN

Terkini! Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang merupakan penyelia kilang itu juga bakal berhadapan lagi satu pertuduhan atas perbuatannya yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menampar pekerja kedai makan itu.

Seorang pekerja restoran telah membuat laporan di Balai Polis Cameron Highlands terhadap suspek sama dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman.

Suspek didakwa menampar salah seorang pekerja berkali-kali sebab makanan yang dipesan terlalu lama untuk disediakan.

Manakala seorang lagi pekerja dipukul ketika cuba memberi penjelasan kepada suspek bahawa hidangan yang dipesannya tidak tersedia.

Tambahnya lagi, pihak polis akan memanggil beberapa saksi untuk melengkapkan siasatan  berhubung kejadian tersebut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sengaja dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana menggunakan perkataan kesat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas