Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa Sebelum Kes Tunjal Kepala, Lelaki Baju Merah Ada Tampar Staf Restoran Berkali-Kali

Lelaki baju merah ohmedia

Oh! Tidak

Wanita Dakwa Sebelum Kes Tunjal Kepala, Lelaki Baju Merah Ada Tampar Staf Restoran Berkali-Kali

Sekarang ni tengah kecoh tentang satu kejadian di mana seorang lelaki baju merah menunjal kepala seorang pemandu wanita di sebuah jalan Cameron Highland. Suspek bagaimanapun telah ditahan reman sehingga Jumaat ini dan ada beberapa perkembangan kes yang sudahpun kami kongsi. Boleh tekan link bawah ni.

BACA: Wanita Ditunjal Kepala Akui Trauma Dan Bawa Kereta Dalam Keadaan Menggigil

Image 44

Ada pula wanita lain tampil dakwa lelaki baju merah pernah tampar pekerja restoran…

Bagaimanapun, timbul pula dakwaan lain melibatkan lelaki baju merah yang sama apabila dikatakan telah menampar seorang pekerja restoran berkali-kali.

IKLAN

Perkongsian itu dibuat di TikTok milik seorang wanita yang dikenali sebagai PUTREESS, di mana ketika itu dia sedang makan di sebuah kedai steamboat di Cameron Highland.

Ketika itulah dia melihat lelaki ini membaling makanan dan menampar staf baru restoran terbabit berkali-kali. Kejadian itu dikatakan beraku pada hari Ahad lalu (4 Jun 2023) dan wanita itu turut mendakwa dihampiri lelaki terbabit kerana tidak berpuas hati ditegur buat kekecohan.

Staf kedai yang ditampar itu turut memberitahu wanita ini punca lelaki itu mengamuk kerana makanan yang dipesan lambat sampai.

Staf kedai steamboat tampil ucap terima kasih…

Image 45

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas