Connect with us

Oh! Media

Rasa Seperti Sudah Meninggal Dunia, Lelaki Tekad Tanam Diri Sendiri

Trending

Rasa Seperti Sudah Meninggal Dunia, Lelaki Tekad Tanam Diri Sendiri

Setiap yang hidup pasti akan mati. Memang betul, ungkapan ini selalu sangat kita dengar. Tapi, jarang-jarang kita jumpa orang yang sanggup tanam diri sendiri sebab rasa dirinya sudah meninggal dunia.

Namun, itulah yang berlaku pada seorang lelaki di Jawa Tengah, Indonesia. Baru berusia 23 tahun, Wawan Febriyanto telah menggali tanah dengan tangannya sendiri dan menguburkan dirinya kerana berasakan dirinya sudah meninggal dunia.

Bukan itu je, Wawan juga dakwa yang dia ada dengar bisikan di tanah perkuburan (TPU) yang menyebabkan dia bertindak demikian. Waktu pihak polis jumpa dia pun, badan Wawan dah ‘selamat dikebumikan’ dengan kedalaman 70cm, cuma tinggal kepala je lagi.

Ketua Polis Daerah, Tegal Selatan, Kota Tegal, Sertu Dasrim, pihaknya terus bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan dari orang awam. Dasrim percaya yang Wawan mungkin mengalami masalah gangguan jiwa. Sebab itulah sampai sanggup tanam diri sendiri. Waktu ditemui pihak polis, Wawan boleh jawab bila diberi salam dan ditanyakan namanya.

“Setelah dipujuk, Wawan akhirnya berjaya dikeluarkan dan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Kepandean. Mangsa melakukan tindakan sedemikian kerana berasakan dirinya telah meninggal dunia dan mendengar bisikan.” – katanya

Nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku. Buatnya dia tekad juga nak tanam sampai timbus kepala, susah juga orang nak cari. Apapun, salute dekat orang awam yang melaporkan sebab ambil kisah dengan mangsa.

Kredit: Sinar Harian

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending

ITTIFY

To Top