Connect with us

Oh! Media

Lelaki Rugi Setengah Juta Ditipu ‘Tengku’, Ugut Nak Sebar Video Bogel

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 09 17t165215618

Trending

Lelaki Rugi Setengah Juta Ditipu ‘Tengku’, Ugut Nak Sebar Video Bogel

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa penipuan ‘Love Scam’ kekasih maya yang dikenalinya melalui aplikasi Grindr.

BACA: Suspek Ugut Sebar Video Bogel Untuk Dapatkan Wang Dengan Mudah

Menurut laporan Utusan Malaysia, peniaga yang berusia dalam lingkungan 20-an itu mengaku telah berkenalan dengan ‘Tengku’ sejak Mei lalu.

IKLAN
Scam alert 1509636024
Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ‘Tengku’ yang mendakwa kerabat diraja itu meminta mangsa membuktikan rasa cinta dan kesetiaan dengan menyerahkan barangan kemas milik ibu mangsa.

Terpedaya dengan janji suspek yang akan memulangkan kembali barangan kemas tersebut, mangsa telah menghantarnya sebanyak dua kali iaitu pada 31 Mei dan 2 Jun lalu.

Mangsa membuat penghantaran menggunakan teksi dan Grabcar kepada pembantu peribadi Tengku di Kota Bharu.

Dalam tempoh perkenalan itu mangsa turut membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM201,000 ke dalam dua akaun bank milik individu ketiga atas alasan sama iaitu bukti kesetiaan dan kasih sayang, selain dijanjikan sebuah kenderaan trak pikap oleh suspek.

Mangsa kemudian telah membuat laporan polis kerana berasa tertipu apabila Tengku tidak datang berjumpa seperti dijanjikan dan tidak memulangkan barang kemas ibunya yang dianggarkan bernilai RM370,000.

Dakwa mangsa lagi, ‘Tengku’ mengugut akan menyebarkan video bogel mangsa jika mangsa tidak menyerahkan wang seperti yang diminta.

Menurut Shafien, mangsa telah tampil membuat laporan polis pada 14 September lalu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, dan dengan sebatan serta denda.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas