Connect with us

Oh! Media

Trending

Lelaki Ini Pasrah Dapat Kawan Kuat Menyakat, Kena Gelak Bawa Bekas Avengers Pergi Kerja

Siapa dekat sini yang suka bawa bekal pergi kerja? Bukan sahaja dapat menjimatkan duit, bekal yang dimasak sendiri terjamin dari segi kebersihan. Sedap pulak tu.

Tetapi bagi kaum lelaki, ada sahaja kawan-kawan yang menjadikan bekal yang dimasak isteri atau ibu sebagai ‘bahan’ menyakat.

IKLAN

Seperti video viral di TikTok ini, seorang lelaki dilihat hanya tersenyum ketika disakat rakan-rakan yang geli hati melihatnya bawa bekal dalam bekas bercorak The Avengers dan bekas aiskrim.

@bosshukex

Sedihkan saya kena buli …hahah

♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe

Sementara rakan-rakan bujang yang lain dilihat makan nasi yang dibeli di sebuah kedai makan. Tidak mengendahkan gurauan tersebut, dia dilihat terus menikmati hidangan lazat air tangan isteri tercinta dengan berseleranya.

Sedihkan saya kena buli hahah

Di ruangan komen, orang ramai menyokong penuh tindakan brader ini yang menghargai penat lelah isteri memasak.

Tak kurang juga yang berseloroh menyatakan kawan-kawan lelaki bujang sebenarnya cemburu tiada yang sudi masakkan bekal untuk mereka. Betul juga tu!

Di TikTok, video berkenaan telah meraih lebih satu juta tontonan dan ribuan komen.

Kredit: TikTok @bosshukex

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas