Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Beri Sebab Sanggup Hantar Anak ‘First Date’ Sampai Ke Taiping

first date

Trending

Lelaki Ini Beri Sebab Sanggup Hantar Anak ‘First Date’ Sampai Ke Taiping

‘Sporting’ dan penyayang, itulah yang dapat digambarkan apabila pertama kali melihat video viral memaparkan sebuah keluarga menemani anak sulung berjumpa kekasih.

ADVERTISEMENT

BACA: Video ‘Fight Me Challenge’ Tular Di Media Sosial, Keluarga Ini Terima Sejuta Tontonan!

Difahamkan, mereka melakukan perjalanan daripada Sungai Buloh ke Taiping Perak hantar anak ‘first date’.

Memetik laporan Astro Gempak, bapa, Mohd Jasni Mohd Noh berkata, ketika anak meminta izin untuk ke Taiping berjumpa kekasih, dia berasa bimbang untuk melepaskan dia pergi sendiri.

Sebagai seorang ayah, dia menerangkan kepada anak bahawa mereka tidak pernah berjumpa, sudah tentulah dia risau akan keselamatan anak.

Tentulah saya bimbang akan keselamatan anak saya, kalau disamun atau ditipu. Walaupun anak saya lelaki, tetapi saya masih risau.

Jelasnya lagi, dia juga tidak mahu masyarakat memberikan pandangan kurang manis sekiranya membiarkan Mohd Yusri Daniel bertemu kekasih seorang diri.

hantar anak

Enggan menghampakan hasrat itu, dia akhirnya bersetuju untuk menemani dan hantar anak sehingga ke Taiping.

Sebelum ke Taiping, dia turut memastikan ibu bapa gadis itu tahu akan pertemuan yang telah dirancang. Dia tidak mahu ibu bapa si gadis berasa bimbang.

Sebenarnya, ibu bapa mana yang tidak mahu buat yang terbaik untuk anak-anak? Dengan anak ni, kita jangan putus asa untuk memberi nasihat, tidak kiralah sampai dia dah kahwin dan memiliki anak serta cucu.

Tambah Jasni, hubungannya dengan keluarga sendiri tidaklah begitu mesra. Bila sudah meningkat usia, dia mula berasa sunyi apabila ibu bapa dan adik beradik yang lain meninggal dunia. Dia cuba sedaya upaya berada dekat dengan anak-anak.

Selain mahu anak gembira, dia tidak mahu hubungan bapa dan anak renggang.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas