Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dakwa Boleh Sembuhkan Kanser Guna Lampu Biru Macam ‘Light Saber’ Teruk Dikecam Netizen

Ohmedia kanser

Trending

Lelaki Dakwa Boleh Sembuhkan Kanser Guna Lampu Biru Macam ‘Light Saber’ Teruk Dikecam Netizen

Apa lagi isu yang dibangkitkan netizen sekarang? Apa yang Ohmedia perhatikan, tersebar pula video menunjukkan seorang lelaki merawat kanser. Apa menarik perhatian netizen adalah bila lelaki itu mendakwa boleh sembuhkan kanser hanya dengan menggunakan lampu laser.

Individu yang dikenali sebagai Master Hadzrin itu dilihat sedang merawat salah seorang pesakitnya yang menghidap kanser paru-paru menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh lelaki ini di Twitter.

Dakwa Master itu lagi, pesakitnya telah sembuh seperti sedia kala sebaik melakukan rawatan lampu laser ala ‘light saber’ itu.

IKLAN

Malah alat yang digunakan untuk merawat ‘pesakit’ itu turut dijual dengan harga RM1,200 setiap satu.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen memberikan respon tidak percaya dan mempersoalkan kredibiliti Master Hadzrin yang mendakwa dirinya boleh menyembuhkan penyakit kanser.

Image 45

Selain itu, netizen juga meluahkan rasa simpati kepada mereka yang telah membeli alat itu yang terang-terang menipu terutama golongan warga emas.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas