Connect with us

Oh! Media

Lelaki ‘Buat Duit’ Jaja Kisah Keluarga Dihukum Penjara, Denda Dan Sebat

Trending

Lelaki ‘Buat Duit’ Jaja Kisah Keluarga Dihukum Penjara, Denda Dan Sebat

Baru-baru ini, tular di media sosial kisah palsu yang direka seorang lelaki kononnya telah kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19. Lelaki itu dipercayai telah meraih sumbangan sehingga RM91,000 daripada orang awam.

ADVERTISEMENT

BACA: Hukuman Penjara 15 Bulan & Denda RM12,500 Kerana Tipu Kerja Lebih Masa

Terbaru, Harian Metro melaporkan lelaki yang bekerja sebagai penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang itu menerima hukuman selepas mengaku bersalah memperdaya rakan sekerja bagi mendapatkan sumbangan, 3 September lalu.

derma
Foto: Omar Ahmad/Harian Metro

Tertuduh, Mohd Zahazan Zainon dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM16,000 dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menipu rakan sekerja dengan mengatakan bahawa ahli keluarganya meninggal dunia akibat Covid-19 sedangkan ia tidak benar. Cara memperdaya itu telah mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM7,857 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

sumbangan
Tangkap layar tular di media sosial

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdaya seorang lagi rakan sekerja dengan menyatakan hal yang sama. Mangsa memasukkan RM500 sebagai sumbangan derma.

Tertuduh telah disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.

Kedua-dua kesalahan dilaporkan berlaku pada 3 September lalu antara jam 5.20 petang hingga 9.25 malam di Pejabat Bahagian Keselamatan Kompleks Bersepadu Pengerang.

Tertuduh yang diwakili peguam Nurul Hidayah Mohd Asri memohon hukuman ringan kerana ia merupakan kesalahan pertama. Malah, tertuduh turut menanggung empat anak hasil perkahwinan terdahulu. Dua anak masih bersekolah di pusat tahfiz.

Timbalan Pendakwa Raya Nursyamim Fateha Mohd Amin walau bagaimanapun memohon hukuman berat kerana mengambil kira kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas